Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak Ahmad Dhani anggap McCartney 'nabi'
Diterbitkan:  Jun 26, 2015 2:38 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Seperti si bapa, Ahmad El Jallaludin Rumi juga tidak lepas daripada menuai kontroversi yang kadang-kadang boleh dianggap melampau.

Semalam media melaporkan, anak kedua pasangan Ahmad Dhani Maia Estianty itu memuat naik gambar anggota The Beatles, Paul McCartney dengan kapsyen: "Selamat ulang tahun nabiku dalam bermuzik, Sir @paulmccartney .. Gemini Superstar".

Sejurus dia memuat naik status itu, lebih 400 orang memberi komen dengan sebahagian besar daripadanya tidak bersetuju Ahmad El Jallaludin menggunakan perkataan "nabi" kepada McCartney.

Syaqila Fatimah misalnya menegur, definisi "nabi" cuma digunakan dalam isu keagamaan dan tidak boleh dipakai sembarangan.

Rara Rolex pula mengingatkan Ahmad El Jallaludin, 16, supaya tidak terikut-ikut perangai bapanya.

"Ingat el @elelrumi kalau ngomong jangan seperti bapamu. Kamu orang Muslim, kan?" katanya.

Tweet itu dibuat pada 18 Jun lalu sempena memperingati hari lahir McCartney yang ke-73.

Lihat Komen
ADS