Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dengan semangatnya nampak tidak berbelah bahagi, ratu rock Ella mendoakan yang terbaik untuk Umno yang sedang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika ini.

Kenyataan itu dibuat ketika Ella ditemui Malaysiakini di Kelana Jaya kelmarin.

Ella yang kini popular dengan single Istimewah berkata, apa yang dibincangkan perwakilan dan pemimpin Umno di PWTC sejak Rabu lalu adalah penting dan boleh membawa kebaikan kepada negara.

“Saya doakan yang terbaik untuk Umno," katanya.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 sedang berlangsung di Kuala Lumpur sejak 8 Disember lalu dan bakal melabuhkan tirainya petang ini.

Sepanjang perhimpunan itu berlangsung beberapa selebriti juga dilihat berada di PWTC untuk mengikuti persidangan dari dekat atau menjadi perwakilan.

Sebelum itu Ella mempersembahkan lagu terbarunya itu di stesen LRT Kelana Jaya.

Di majlis itu juga, Samsung Elektronik Malaysia mengumumkan platform hiburan baru menggunakan aplikasi muzik secara langsung, Samsung Milk Music Groove khusus untuk pengguna LRT.

Samsung Milk Music adalah perkhidmatan aliran radio (radio streaming service) dengan lebih 150 stesen dan 20 genre lagu direka untuk pengguna menyesuaikan muzik mengikut citarasa masing-masing.

Turut hadir, penyanyi dan pelakon Sabhi Saddhi, DJ Bate dan Bell Yu Tian.

Seperti selalu PAU kali ini menjadi perhatian kerana ada beberapa isu utama melanda parti berkenaan, termasuk kemelut kepimpinan dan skandal 1MDB serta tanda tanya berhubung dana RM2.6 bilion.

Menurut Ella, demi perjuangan Umno dan Melayu, sokongannya terhadap parti itu akan diteruskan.

“Saya juga akan terus menyokong parti itu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS