Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bekas suami Elly lawat anaknya buat kali pertama
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Hari ini amat bermakna buat penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dan bayinya apabila menerima kunjungan daripada insan yang ‘hilang’ dalam hidup mereka untuk suatu tempoh yang lama.

Dipercayai, ini adalah kali pertama bekas suami Elly yang juga pengarah drama Azmi Hatta berkunjung ke rumah beliau untuk melawat anaknya itu.

Elly, menerusi akaun Instagram, memuat naik gambar anak perempuannya Putri Sara Sefhia bersama status penuh bermakna.

"Syukur hari ini, 6 Disember Azmi Hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia sekarang ini di rumah saya, Cyberjaya.

"Syukur Sefhia tidak menangis walaupun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Moga lawatan ini berterusan demi masa depan anak,” katanya.

Terdahulu, kepada media, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, mengesahkan bercerai talak satu dengan bekas suaminya itu pada 15 Oktober lalu ketika sedang hamil empat bulan.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu menjelaskan spekulasi berkaitan rumahtangganya beberapa hari selepas mengumumkan kelahiran Putri Sara.

Masalah rumahtangga didakwa Elly berpunca daripada orang ketiga.

Bagaimanapun Azmi pula menerusi akuan bersumpah setebal kira-kura 20 muka surat – ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah Samsiah Ali - menjelaskan pergolakan rumahtangga mereka terjadi sesudah berasa tawar hati ekoran sifat cemburu yang terlalu menguasai penyanyi Usah ditambah Bara Yang Tersimpan itu.

Kali terakhir Azmi memegang Putri Sefhia mungkin selepas bayinya itu dilahirkan dan diiqamatkan.

Harapan Elly hanya satu, kunjungan dibuat Azmi bukanlah yang terakhir, sebaliknya tanggungjawab sebagai bapa buat anak itu bakal berterusan.

"Moga lawatan ini berterusan demi masa depan anak. Bercinta tiada salahnya, asalkan hak anak jangan disia-siakan..

"Jangan dihalang bila bapa ingin berjumpa anaknya dan jangan terlalu asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri. Alhamdulillah.

"Senyum hati saya," katanya.

Lihat Komen
ADS