Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ayah saya merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia, bekas Askar Melayu.

Baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Saya cuba menelefon JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) untuk bertanyakan beberapa perkara. Namun sering-kali  tiada yang menjawab atau mengangkat telefon.

Saya cuba masuk laman web JHEV di http://www.jhev.gov.my , pun tak dapat dapat.

Adakah laman web JHEV ini juga telah digodam? Adakah sistem pertahanan negara begitu lemah sekali sehinggakan laman web JHEV pun begitu mudah digodam?

Terdapat banyak begitu banyak data sulit dan peribadi dalam laman web JHEV ini, terutama maklumat para veteran.

MINDEF atau KEMENTAH harus melakukan sesuatu.

ADS