Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam
Diterbitkan: Jun 20, 2011 9:00 PM | Dikemas kini: Jun 20, 2011 9:02 PM
Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.
Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".
Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".
Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.
Turut disiarkan ialah dua karya saya:
- Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.
- Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.

