Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merujuk laporan berita bertajuk “ Menteri Besar enggan dedah laporan penuh Jais ” yang disiarkan di Malaysiakini pada 19 September 2011.

 

Saya mendapati perkataan ‘enggan’ yang digunakan pada laporan itu telah menimbulkan salah faham dan salah tanggapan orang ramai terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar.

 

Perkataan ‘enggan’ yang digunakan dalam laporan berita itu seolah-olah menunjukkan Menteri Besar dengan sengaja tidak mahu atau menolak daripada mendedahkan isi kandungan laporan JAIS.

 

Ketika ditanya wartawan pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran PKNS, semalam, Menteri Besar menjelaskan bahawa beliau tidak boleh mendedahkan sebarang kandungan laporan itu sebelum perbincangan diadakan dengan DYMM Sultan Selangor.

 

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa sebarang komen atau pendedahan laporan Jais hanya boleh dibuat pada minggu depan selepas mengadakan perbincangan dan mendapat nasihat daripada  DYMM Sultan Selangor terlebih dahulu.


Penulis merupakan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.

ADS