Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi.

Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti.

Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 oktober 2011. Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej.

Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti

ADS