PM: Peralihan kuasa pasti berlaku
Diterbitkan: Mar 30, 2009 2:57 PM | Dikemas kini: Mar 30, 2009 4:14 PM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya.
"Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya.
"Peralihan akan berlaku," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.
Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, perdana menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.
Berita lanjut menyusul
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.