Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada sebarang pakatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik anaknya, Datuk Mukhriz menganggotai kabinet baru.

"Saya tidak ada deal (dengan Najib) supaya anak saya dilantik dalam kabinet.

"Saya tidak desak supaya anak saya dilantik. jika dipilih, pilihlah.

"Jika Najib pilih, itu hak Najib," katanya. Mukhriz adalah ahli Parlimen Jerlun dan tewas dalam perebutan jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenangi oleh Khairy Jamaluddin.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepa melancarkan

pelancaran buku bertajuk 'Mencari Kebahgian', tulisan Datuk Dr Hashim Abdul Wahab di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.

mahathir pc 080409 01 Spekulasi bertiup kencang bahawa Najib mungkin membuat kejutan dengan tidak melantik Khairy dalam barisan kabinetnya dan sebaliknya melantik Mukhriz sebagai menteri penuh.

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan Najib akan melantik Khairy dan Mukhriz sebagai timbalan menteri sebagai jalan tengah untuk mengelak rasa tidak puashati di kalangan penyokong kedua-dua pemimpin muda itu.

Politik wang

Dr Mahathir juga berkata, beliau tidak tahu siapakah yang akan dilantik oleh Najib untuk menganggotai kabinet barunya.

Bagaimanapun, katanya, beliau ada mendengar bahawa Mukhriz dan Khairy akan dilantik sebagai menteri.

Apa pun yang berlaku, tegas Dr Mahathir, beliau akan terus mengkritik Khairy yang didakwa terbabit dalam politik wang untuk memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Menurutnya, pelantikan Khairy dalam kabinet akan memberi imej buruk terhadap BN.

Mengenai pilihanraya kecil semalam di mana BN tewas di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, Dr Mahathir berkata, pada mulanya BN berharap bolehlah mengurangkan majoriti pembangkang.

"Tetapi nampaknya orang di situ masih hendak parti lawan," katanya sambil menambah BN perlu mengambil tindakan sebelum pilihanraya umum akan datang.

"Susah hendak alih fikiran orang ramai. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib perlu tegas dalam pendirian untuk memulihkan imej BN, terutama Umno sendiri daripada imej rasuah," katanya.

Tidak puas hati

Dr Mahathir berkata, ramai orang tidak senang terhadap masalah rasuah.

"Enam tahun lalu, orang tak tahu ada pembangunan apa pun. Kontrak-kontrak siapa yang dapat, kita tidak tahu, sementara SME pula tidak hidup," tambahnya.

Menurutnya, banyak kerja yang perlu lakukan oleh Najib untuk memulihkan Umno.

"Bukan sahaja Orang Cina, ada juga orang Melayu yang tidak puas hati dengan kerajaan.

"Jadi, Datuk Seri Najib kena layan semua orang," katanya.

Ditanya sama ada kekalahan BN itu ada kaitan dengan kehadiran beliau berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Dr Mahathir berkata:

"Undi untuik BN meningkat, tapi tidak meningkat seperti yang diperolehi oleh parti lawan."

Dr Mahathir juga ditanya tentang kenyataan ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kekalahan BN kerana Najib menjadi perdana menteri.

Komen Anwar

Mengulas mengenainya, mantan perdana menteri itu berkata, Anwar boleh berkata apa saja.

"Dia saman saya tiga tahun lalu, sehingga sekarang belum selesai. Dia dia kata hakim korup, dia kata hakim dibeli, dia sebenarnya tidak pernah berlaku jujur, dia tidak pernah junjung al-Quran," kata Dr Mahathir.

Mengenai isu jawata timbalan perdana menteri yang diminta oleh MCA, beliau berkata, biarlah BN menimbang dan membuat keputusan mengenainya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa BN juga perlu mempertimbangkannya untuk semua parti-parti komponen BN dan bukan MCA sahaja.

Dr Mahathir juga menyentuh isu-isu perkauman yang menurutnya tidak berlaku di zaman pentadbirannya.

"Isu-isu perkauman tidak laku di zaman saya. Ada Hindraf masa saya?" soalnya.

Menurut beliau, kini isu perkauman dibiar untuk dibincangkan.

ADS