Zahid, Mohamad Hasan susuli Ismail menghadap Tuanku Muhriz
MB tiba di Istana Hinggap kira-kira 1.18 tengah hari manakala presiden Umno dan timbalan sampai jam 3 petang.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Istana Hinggap di Seremban pada 3 petang, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Terdahulu, Tuanku Muhriz berangkat tiba di istana berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim yang tiba di istana berkenaan pada 1.18 tengah hari tadi.
Difahamkan pertemuan itu bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini terutamanya mengenai status Menteri Besar.
/file/attachments/orphans/PentadbiranUndangLuakRembaudd_912175.jpg)
Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus pada 16 Nov lepas apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Zambry berkata Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid menerima salinan surat peletakan jawatan itu dan akan mengemukakan cadangan calon pengganti kepada Tuanku Muhriz.
Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan pada 17 Nov memaklumkan bahawa peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.
Pada 20 Nov, Ismail berkata beliau tidak mengemukakan atau memberi persetujuan untuk surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Tuanku Muhriz.
/file/attachments/orphans/TigaUndangTokPuanterimaDarjahKebesarandaripadaTuankuMuhriz1_740324.png)
Istana kemudian menjelaskan bahawa Ismail perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Perkembangan itu menyusul selepas 24 ADUN BN dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mencapai kesepakatan untuk mematuhi keputusan kepimpinan parti masing-masing berhubung penyelesaian kemelut politik negeri.
Ismail yang juga ADUN Juasseh, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/07/ba272f09d3343759f11a14615c5e4478.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.