Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis pukul anak saya, dakwa ibu
Diterbitkan:  Apr 11, 2009 6:31 PM
Dikemaskini: Nov 30, 2023 8:30 AM

Ibu seorang pemuda 23 tahun telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.

Ibu 49 tahun itu mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.

Menurut si ibu, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.

Dalam aduannya, dia juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

Dia juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, wanita itu berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan anaknya secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.

Pemuda itu ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.

Baca berita penuh


Nota editor: Malaysiakini memadamkan nama pemuda dalam berita di atas susulan permintaan keluarga.

ADS