Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pohon perkenan Raja seragam undang-undang Islam
Diterbitkan:  Apr 13, 2009 7:05 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej-Jen Datuk Jamil Khir Baharom berkata pertemuan akan diadakan dengan Raja-Raja Melayu bulan depan untuk memohon perkenan berhubung penyelarasan serta penyeragaman Undang-undang Islam.

Selain itu, katanya, pertemuan juga akan diadakan oleh ketua jabatan agama Islam di setiap negeri.

"Pertemuan dengan Raja-Raja Melayu itu juga akan membincangkan mengenai undang-undang yang diterima pakai, yang telah diperkenankan Majlis Raja-Raja sebelum ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama

Terdahulu. Jamil Khir yang dilantik memegang portfolio itu pada Khamis lalu, buat pertama kalinya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Islam.

Dalam mesyuarat itu, lima kertas kerja dibentangkan, antaranya berkaitan undang-undang Islam, ekonomi Islam dan pendidikan.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai pembentukan koperasi masjid sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan lagi institusi masjid.

"Pelaksanaannya akan dibuat sebaik menerima maklum balas daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) yang akan membantu dalam menyediakan modulnya," katanya.

ADS