Hadi: PAS tetap buka pintu rundingan
Muda Mohd Noor
Jun 7, 09
9:56pm
PAS tetap menegaskan kesediaannya membuka pintu rundingan dengan pihak lain termasuk parti politik selaras dengan ajaran Islam walaupun idea tersebut dipertikaikan di muktamar yang berakhir hari ini.

pas muktamar 070609 hadi awang"Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menggulung perbahasan di muktamar PAS ke-55 di Shah Alam hari ini.

Bekas menteri besar Terengganu itu berkata, bahtera PAS kuat walaupun dicabar dan dilambung ombak dan yakin PAS kuat serta tidak perlu menumpang BN atau parti lain.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga mengingatkan ahli PAS supaya tidak leka dengan musuh-musuh parti itu.

"Kita minta ahli kita supaya dapat membezakan musuh sebenar dan musuh rekaan.

"Tetapi jangan leka dengan musuh rekaan sehingga lupa musuh sebenar," katanya, tanpa mengulas lanjut pihak yang dinyatakan "musuh sebenar" dan "musuh rekaan" tersebut.

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pula berkata, jawatankuasa pusat PAS akan menentukan sama ada pencabar terdekatnya Datuk Husam Musa akan dilantik memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

"Jawatankuasa kerja boleh melantik empat ahli tambahan untuk menduduki jawatan parti.

"Saya tidak boleh membuat cadangan mengenai perkara tersebut kerana ia dipilih oleh jawatankuasa pusat PAS," katanya di sidang media selepas muktamar tersebut.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam hug nashBeliau diminta mengulas kemungkinan Husam yang kalah di tangannya akan dilantik dalam barisan kepemimpinan parti itu.

Ahli parlimen Bachok juga menjelaskan hubungannya dengan Husam "masih baik dan tidak ada sebarang masalah" dengan exco kerajaan Kelantan itu.

Ditanya mengenai isu kerajaan perpaduan seperti saranan Abdul Hadi, Nasharuddin berkata, isu berkenaan sehingga sekarang belum ada keputusan konkrit.

"Ia umum sahaja dan ia mungkin akan dibawa dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat," katanya.

Nasharuddin berkata, kerajaan perpaduan itu berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat, bukannya perkongsian kuasa dengan Umno.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner