Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan tolak idea jambatan ketiga PM
Diterbitkan:  Jun 18, 2009 12:10 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

dikemaskini Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini, lapor Bernama .

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Terdahulu, Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Perdana menteri mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga di timur Johor bersama Malaysia apabila hasrat

itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju.

Menurut agensi berita itu lagi, baginda turut meminta rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan supaya keadaan terus aman dan damai.

"Perpaduan antara rakyat mesti dijaga supaya semua rakyat dapat hidup bahagia. Kita hendaklah muafakat kerana muafakat itu berkat," titah baginda.

ADS