Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis digesa menyiasat laporan mengenai dakwaan salahguna peruntukan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berlaku empat tahun lalu sewaktu pentadbiran BN di Selangor.

NONE Exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah ( tengah ) berkata, dua laporan polis telah dibuat yang mendakwa berlaku kes salahguna itu, melibatkan pengerusi JKKK dari sebuah parti komponen BN.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ean berkata, berdasarkan laporan polis tersebut, salahguna itu membabitkan pemindahan peruntukan kepada JKKK Kampung Gurney, Ulu Yam Baru di Hulu Selangor - berjumlah RM90,000 - ke dalam akaun peribadi pengerusinya ketika itu, Lee Hing Huat.

Ean turut mengedarkan kepada pihak media, salinan kenyataan bank Lee, sebagai bukti berlakunya transaksi tersebut.

Menurutnya, selain dua polis tersebut, satu laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan tersebut.

NONE Bagaimanapun, katanya, beliau masih tidak pasti status siasatan kedua-dua badan tersebut.

Menurut Ean, dua laporan polis tersebut dibuat oleh bendahari JKKK pada masa itu, Wong Kang Foo pada 31 Disember 2005 dan satu lagi oleh pengerusi baru JKKK berkenaan - daripada Pakatan Rakyat - Lai Swu Cheng - pada 17 Februari lalu.

Lai juga, katanya, telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan yang sama pada 16 Disember 2008.

Menurut Ean, SPRM memberi maklumat balas kepasda Lai pada 8 Januari lalu, bahawa perkara itu adalah di luar bidang kuasanya.

Maklumat tersebut, katanya, telah diedarkan kepada pihak polis.

Lai turut hadir di sidang akhbar Ean di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam hari ini.

ADS