• Pemindahan kuil Hindu Seksyen 19 dibekukan
  • Jimadie Shah Othman
  • 1252130400
  • Kerajaan Selangor memutuskan untuk memembekukan rancangan memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19, Shah Alam ekoran bantahan keras penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu hendak dipindahkan - dalam sesi dialog pagi tadi.

    Bercakap kepada pemberita di kediaman rasminya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid berkata rancangan pemindahan kuil yang mencetuskan kontroversi itu, dibekukan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.

    Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga turut hadir.

    Ditanya bila satu penyelesaian dijangka dicapai, Khalid berkata "secepat mungkin, tetapi proses sewajarnya perlu diikuti, termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit."

    "Selepas kita bertemu PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam), maka kita akan kemukakan cadangan mengenai pemindahan kuil tersebut," katanya.

    Ditanya sama ada pemindahan kuil itu ke Seksyen 23 dibatalkan, Khalid mengulangi bahawa "ia dibekukan".

    Katanya, ekoran bantahan penduduk dalam sesi dialog pagi tadi, kerajaan negeri terpaksa terpaksa menilai semula cadangan memindahkan kuil Sri Mariaman itu ke Sekyen 23.

    "Kita faham, perkara yang melibatkan agama merupakan isu sensitif. Tetapi kita tidak akan menyapunya ke bawah permaidani (mengelak daripada menyelesaikannya)," katanya.

    Menegaskan beliau tidak kecewa dengan insiden itu, Khalid Ibrahim berkata, bantahan itu telah dijangka, berdasarkan mood penduduk setempat ketika ini.

    "Kita hargai hujah yang baik dan positif, walaupun ia bersulamkan emosi," katanya yang tidak mahu menyalahkan pendudik Melayu yang membantah keras cadangan tersebut.

    Sementara itu, Khalid Samad pula menyifatkan insiden pagi tadi berpunca daripada salah faham semata-mata ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat.

    Sedangkan, katanya, perkara itu masih di peringkat cadangan.

    Ditanya kewajaran kerajaan negeri membenarkan petugas Unit Amal PAS memasuki dewan di MBSA, tempat dialog itu diadakan - yang menimbulkan kemarahan penduduk - menteri besar berkata, ia bertujuan membantu pasukan penguatkuasa mengawal keadaan.

    Bagaimanapun, Khalid meminta perkara itu tidak dipanjangkan kerana ia telah selesai.


    • Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh
    • Khir: Janji p'raya Pakatan punca masalah kuil
    • Hindu Sangam enggan temui pemimpin demo kepala lembu
    • 'Selesai kontroversi kuil tanpa libatkan politik'
    • Peserta demo bantah kuil temui persatuan Hindu
    • Peserta demo kepala lembu jumpa menteri esok
    • PAS: Umno dalang demo kepala lembu
    • Isu kuil: Polis mahu siap siasatan Selasa ini
    • Polis berkawal di Seksyen 23
    • Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri
    • Polis mohon maaf, janji bertindak pantas
    • Isu kuil: MBSA diarah jumpa penduduk 5 Sept
    • Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu
    • PM kesal, arah IGP bertindak segera
    • Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang
    • Samy Vellu kecam arak kepala lembu
    • Arak kepala lembu bantah pindah kuil
    • Cari tapak alternatif
    • Bincang dengan semua pihak