Umno S'gor ragui dakwaan MB
Jimadie Shah Othman
Nov 16, 09
1:51pm
Umno Selangor akan mendapatkan penjelasan pemimpin veterannya Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang didakwa memuji kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak Mac tahun lalu.

"Buat masa ini kita kena tengok dulu. Kita kena siasat kebenaran kenyataan itu. Kalau betul, kenapa jadi begitu?" kata ketua penerangan Umno negeri, Shukor Idrus.

Beliau diminta mengulas dakwaan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa Muhammad mengakui perubahan bawah kepimpinannya sehingga boleh menyukarkan Umno merampas semula negeri itu.

NONEDalam pertemuan bekas menteri besar BN itu dengan Abdul Khalid minggu lepas, pemimpin PKR itu mendakwa Muhammad (kanan) mahu bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar."

Abdul Khalid melontarkan kenyataan itu sewaktu ucapan penggulungan di konvensyen PKR Selangor di Shah Alam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Shukor bagaimanapun tidak yakin mantan naib presiden Umno itu - yang menurutnya dikenali sangat setia dengan parti - akan sanggup bersekongkol dengan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya tidak yakin dengan apa yang beliau (Khalid) katakan," katanya.

"Tidak mungkin, Muhammad yang lama (dalam Umno), konsisten dan bersemangat dengan BN akan bersekongkol dengan parti lawan."

Menurut Shukor, kali terakhir beliau bertemu dengan Muhammad pada majlis sambutan Aidilfitri lalu tetapi perkara itu tidak langsung ditimbulkan padanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Muhammad setakat ini belum berjaya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner