Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti
Diterbitkan:  Jan 6, 2010 6:54 PM
Dikemaskini: Jan 7, 2010 12:45 AM

Seorang ahli majlis perbandaran dari DAP yang tidak dilantik semula, telah dimasuk ke hospital selepas ditemui meminum racun paraquat, manakala seorang ADUN DAP pula mengancam keluar parti.

teong ai ling @ zhang ai ling Teong Ai Ling, 33, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas dia ditemui di rumah seorang saudara maranya.

Difahamkan bahawa keadaannnya adalah stabil, tetapi anggota keluargnya tidak membenarkan sebarang pemimpin DAP menziarahinya.

Awal hari ini, perkhidmatan Teong sebagai ahli majlis tersebut tidak diperbaharui oleh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP kerana didakwa tidak cekap.

Difahamkan dia kecewa berhubung satu laporan akhbar yang memetik sumber-sumber yang mengkritik perkhidmatannya.

Teong - ketua bahagian Nibong Tebal - merupakan satu-satunya ketua bahagian wanita DAP di Pulau Pinang.

NONE Sementara itu, ADUN Jawi, Tan Beng Huat, mengancam untuk keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya kerajaan negeri masih berkeras untuk mengenakan bayaran letak kereta di Nibong Tebal.

Tan berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menimbangkannya semula.

"Jika mereka enggan (menarik balik sistem letak kereta berbayar), saya akan (letak jawatan dan jadi calon bebas)," katanya kepada pemberita di pusat perkhidmatannya hari ini.

Sebelum itu, kira-kira 50 wakil penduduk dan ahli NGO berhimpun secara aman untuk membantah keputusan mengenakan bayaran letak kereta, berkuatkuasa 1 Januari.

Sebelum ini, tiada bayaran letak kereta yang dikenakan.

Berita asal

ADS