Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan perintah larangan terhadap ketua dan timbalan ketua Umno bahagian Tanah Merah, Kelantan, daripada menjalankan sebarang transaksi aset yang berupa tanah dan bangunan serta akaun bahagian berkenaan.

ikmal hisham abdul aziz Perintah larangan itu dikeluarkan pada 16 Februari lalu, terhadap ketua bahagian, Ikmal Hisham Abdul Aziz ( kiri ) dan timbalannya, Baharuddin Yusof, ekoran permohonan yang dibuat oleh bekas setiausaha Umno bahagian berkenaan, Amran Abdul Rahman.

Perintah itu melarang Ikmal Hisham dan Baharuddin atau wakil mereka, daripada melakukan apa-apa perkara atau tindakan sehingga terdapat arahan lanjut daripada Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Amran berkata, mahkamah telah menegah sebarang transaksi ke atas sebidang tanah Lot 107, HSD 10/77 yang dimiliki bahagian itu sejak 1990-an.

amran abdul rahman Menurut Amran lagi, mahkamah turut melarang atau menengah transaksi yang berkaitan bangunan empat tingkat milik Umno bahagian Tanah di Lot 134, GRN 17704; Lot 207, GRN 17699; Lot 208, GRN 17700 dan Lot 209, GRN 17701.

Amran berkata tingkat satu dan dua bangunan rumah kedai itu telah disewa kepada Maybank, manakala tingkat tiga dan empat pula menempatkan pejabat Umno bahagian.

Menurut Amran lagi, injuksi itu diperolehinya setelah beliau mendapat salinan dokumen arahan pembubaran sementara beberapa cawangan di Tanah Mereka oleh ROS pada 2007 ketika pemilihan parti di peringkat bahagian pada 2008.

Katanya, beliau memohon perintah mahkamah itu kerana tidak ada sebarang tindakan susulan oleh ibu pejabat parti dan ROS terhadap aduannya sebelum ini.

Perintah tersebut juga melarang atau menegah pendaftar hak milik tanah Kelantan, pegawainya atau sebagainya mendaftar apa-apa transaksi yang melibatkan tanah serta bangunan tersebut.

Mahkamah juga turut melarang atau menegah dua bank iaitu Maybank dan Public Bank cawangan Tanah Merah daripada menerima, meluluskan, mengeluarkan atau membenarkan apa-apa transaksi berkaitan kedua-dua akaun bahagian tersebut.

Menurut Amran lagi, peguam defenden Datuk Hafirzam Harun telah mengemukakan afidavit untuk menghalang perintah larangan itu, atas alasan beliau (Amran) sudah dipecat daripada parti dan sekaligus tidak mempunyai kepentingan untuk memohon perintah tersebut.

Amran berkata peguamnya perlu menjawab afidavit tersebut dan kes berkenaan akan didengar pada 22 Mac ini. Beliau diwakili  peguam Wan Jawahir Harun.

ADS