Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di parlimen Batu, Umno bahagian itu dengan cepat ‘merampas’ jawatan pengerusi BN Batu daripada Gerakan.

Ini petanda pertama Gerakan mula hilang cengkamannya ke atas kerusi parlimen itu yang diduduki selama 22 tahun.

tian chua freed from police prison 090307 torn shirt Menurut sumber dari Gerakan, ketua Umno bahagian Batu, Yahya Mat Ghani dilantik sebagai pengerusi BN bagi kawasan parlimen itu Jumaat lalu.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh ahli parlimen Batu, Ng Lip Yong sehingga kerusi Gerakan itu dirampas oleh Tian Chua ( kiri, berbaju putih ) dari PKR dalam pilihan raya umum 2008. Sejak itu, jawatan berkenaan dibiarkan kosong sehingga Jumaat lalu.

Perlantikan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati yang tebal di kalangan ahli Gerakan di Batu.

Seorang ahli menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai ”amat buruk”.

"Di peringkat bahagian, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya tanpa mahu mendedahkan identitinya.

Gerakan khuatir kerusi Batu mungkin diberikan kepada Umno kerana lazimnya, ketua bahagian BN akan dipilih sebagai calon kerusi berkenaan.

gerakan youth agm 2006 Kebimbangan mereka memuncak apabila khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

Oktober tahun lalu, Tian Chua dijatuhkan denda RM3000 dan penjara enam bulan kerana kesalahan menggigit seorang anggota polis. Dia akan hilang kerusi parlimennya itu jika rayuannya yang dijadualkan didengar pada 13 April ini ditolak.

Batu terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejak diwujudkan pada 1986, lazimnya, pengerusi BN dipegang oleh Gerakan sehingga 2008.

Menurut sumber Gerakan lagi, pengerusi BN bahagian menguasai sumber-sumber kerajaan termasuk pengagihan dana.

[Baca berita penuh]

ADS