Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sempena hari pertama perasmian sidang Parlimen penggal ketiga hari ini, beberapa anggota parlimen yang keluar PKR dan kini menjadi wakil bebas, mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan pendirian politik masing-masing.

Walaupun dilihat mempunyai pandangan dan kecenderungan yang berbeza berhubung pelbagai isu, namun mereka memberikan jaminan akan melakukan yang terbaik untuk penduduk yang diwakili.

zahrain hashim parliament 150310 Ahli parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim - yang keluar PKR kerana tidak sependapat dengan Ketua Menteri Pulang Pinang Lim Guan Eng - hari ini berkata,walaupun tidak lagi berparti, beliau masih berpegang pada pendirian politiknya sebelum ini.

Menurutnya, beliau tetap tidak bersetuju dengan dasar yang membebankan rakyat, dan tetap dengan pendiriannya menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan.

“Saya setuju ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dimansuhkan. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) saya tidak setuju. Apa sahaja yang membebankan rakyat saya tidak setuju,” katanya kepada pemberita selepas sidang tersebut ditangguhkan tengah hari ini.

Baga NONE imanapun, Zahrain juga dalam masa yang sama turut memuji beberapa langkah kerajaan untuk menggalakkan perpaduan kaum melalui konsep Satu Malaysia.

“Kita patut beri peluang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menerapkan konsep ini,” katanya.

Hari pertama melangkah kaki ke parlimen sebagai wakil bebas, Zahrain berkata, beliau memberitahu “merasa seperti biasa sahaja dan tidak kekok”.

Sementara itu, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pula terus mengulangi kenyataannya ingin terus memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam dengan lebih bebas.

“Alhamdulillah, saya akan memainkan peranan dengan lebih berkesan. Dahulu (saya) terikat dengan aliran (pandangan) parti,” katanya kepada pemberita.

Katanya, pertimbangan berdasarkan “kepentingan Islam” itu akan sentiasa diambil kira bagi memberikan sebarang undi terhadap sesuatu usul yang akan dibentangkan sepanjang sebulan parlimen bersidang pada sesi ini.

Sementara itu,  Tan Tee Beng, ahli parlimen Nibong Tebal yang keluar PKR selepas berkrisis dengan Guan Eng berkata, berkata beliau akan meneruskan peranannya seperti biasa, seperti yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, setakat beliau tidak mengalami sebarang masalah, termasuk dengan ahli parlimen Bebas.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan ketiga-tiga bekas wakil rakyat PKR tersebut, langkah bagi mewujudkan satu kaukus khas yang dianggotai wakil-wakil bebas dijangkakan akan memakan masa.

Mengulas perkara itu,  Zahrain berkata, kesemua ahli parlimen bebas mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dalam banyak hal.

Bagaimanapun tambahnya, beliau percaya mereka akan sepakat dalam beberapa isu bersama yang melibatkan soal kebebasan dan keadilan.

Zulkifli pula menyifatkannya isu tersebut “tidak timbul lagi” buat masa ini.

Manakala Tan dilihat bersikap lebih positif apabila memberitahu pemberita, ia sudah bermula di peringkat perbincangan awal.

ADS