• Keputusan adakan pilihan raya PBT minggu depan
  • Jimadie Shah Othman
  • 1268733792
  • SPR akan menjawab surat daripada ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Selangor berhubung permintaan bagi mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing

    Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata makluman itu akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

    "Kita akan maklumkan selewat-lewatnya minggu depan. Ini (jawapan) berdasarkan interpretasi undang-undang.

    "Kipenang pakatan govt second anniversary forum 100310 guan eng speechta tidak terikat dengan pandangan sesiapa, mahupun perdana menteri atau pendapat pembangkang," katanya ketika bercakap dalam satu sesi soal jawab bersama media di sebuah hotel di Putrajaya petang ini.

    Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan) sebelum ini dilaporkan telah menghantar surat kepada Abdul Aziz bagi meminta pilihan raya tersebut diuruskan oleh suruhanjaya berkenaan.

    Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilaporkan telah menurut langkah Pulau Pinang mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

    Pengumuman itu dibuat sempena merayakan sambutan ulang tahun kedua pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

    abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 08Ditanya mengapa permintaan untuk mengadakan pilihan raya itu timbul, Abdul Aziz (kiri) berkata beliau tidak dapat membaca hati Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim.

    SPR akan mengumumkan pendirian mereka selepas menghantar surat makluman kepada Pulau Pinang dan Selangor berhubung penganjuran pilihan raya tersebut, katanya.

    Dalam pada itu, Abdul Aziz turut mengulas mengenai hak wartawan dan kumpulan-kumpulan tertentu untuk mengundi sewaktu bertugas di luar kawasan.

    Katanya, beliau sedang mengkaji sama ada wartawan berkenaan boleh mengundi secara pos apabila berdepan situasi seperti itu.

    Katanya, ini juga termasuk ahli bomba, doktor, jururawat dan kumpulan lain yang tidak dapat membuang undi kerana bertugas.

    Namun, SPR masih sukar untuk mengenalpasti di manakah seseorang wartawan itu ditempatkan semasa sesuatu pilihanraya.

    Bagaimanapun katanya, undang-undang membolehkan permohonan untuk membuang undi tidak hadir dibuat kumpulan lain selain tentera dan polis.

    "SPR boleh timbang berdasarkan kewajarannya. Contohnya pada pilihanraya umum akan datang apabila wartawan itu ditugaskan di Sri Lanka misalnya beliau boleh memohon dan mengemukakan bukti," katanya.
    • Pilihan raya PBT: PM dicabar buat pungutan suara
    • Pilihan raya PBT: Guan Eng sedia jumpa PM
    • PM tolak p'raya peringkat PBT
    • S'gor tetap usaha adakan p'raya PBT
    • Cukai kekal kerana kos PBT tinggi
    • Cadangan pemilihan PBT ke kabinet
    • MP dan Adun BN dilarang sertai majlis PBT
    • S'gor ikut Pulau Pinang adakan p'raya tempatan
    • PP cuba pulihkan pilihan raya k'jaan tempatan