Istana jelaskan kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan
Istana Negeri Sembilan hari ini menafikan laporan yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali berkata, kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.
“Merujuk kepada laporan media yang tersiar pada hari ini, bahawasanya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dilaporkan telah menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“Istana Negeri Sembilan ingin menjelaskan bahawa kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/07/1e1f9ae5b736c364a8ec5ae231b16d5c.jpg)
“Selain itu, Ke Bawah Duli Tuanku juga tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja (Pre-Council Meeting),” petik kenyataan itu, hari ini.
Ia juga menjelaskan, bagaimanapun, Tuanku Muhriz memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri mesyuarat berkenaan bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri, termasuk Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.
Istana Negeri Sembilan turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu sebelum ini kepada mana-mana pihak atau media.
Terdahulu, akhbar The Straits Times Singapura melaporkan Tuanku Muhriz dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober, sekali gus menunjukkan baginda kekal menduduki takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Menurut akhbar itu, jemputan itu dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang akan mempengerusikan persidangan berkenaan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
/file/attachments/orphans/MediaMBNSasdad_288851.png)
Laporan itu juga mendakwa Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan walaupun beberapa usaha telah dilakukan untuk mendapatkan jemputan bagi menggantikan Tuanku Muhriz.
Usaha itu dikatakan melibatkan Undang Yang Empat yang dipertikaikan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim. Tunku Nadzaruddin sebelum ini diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar oleh para Undang berkenaan.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/07/be0cd6046c1b02fbb3974bbbb8450c2d.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.