Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu.

NONE Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

“Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis.

Musa berkata, sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.

Semalam Zulkifli, yang juga anggota Parti Keadilan Rakyat yang dipecat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman oleh pihak tertentu untuk menghubungkan Najib dan Rosmah dengan kes Altantuya.

Dakwanya lagi, dia diminta membuat akuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

ADS