Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Minum kopi sambil pancing undi
Diterbitkan:  Apr 3, 2010 9:38 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru.

najib visit to kuala kubu 030410 03 Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.

Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga.

Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

Kunjungan Najib  kali ini diiringi oleh 120 pelajar.

Kebanyakan mereka berbangsa bukan Melayu dan mewakili pertubuhan yang dikenali sebagai Gen-YMalaysia .

najib visit to kuala kubu 030410 02 Tugas mereka ialah mengiringi rombongan perdana menteri sambil melaungkan slogan  “1Malaysia”.

Pelajar-pelajar ini adalah dari kolej dan universiti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan mereka datang dengan menaiki tiga buah bas.

Najib kemudiannya dikalungkan dengan bunga sebelum mengakhir lawatannya.

[Baca berita penuh]

ADS