Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi maklumat dicurigai - kontrak hostel RM77.8j
Diterbitkan:  Apr 7, 2010 4:11 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Lebih banyak kesilapan dan maklumat yang tidak lengkap dikesan dalam portal perolehan elektronik MyProcurement, kata wakil Petaling Jaya Utara Tony Pua.

NONE Menurut beliau, maklumat di dalam portal itu juga tidak lengkap kerana hanya mengandungi maklumat kontrak daripada 16 buah kementerian.

"Kerajaan perlu menurunkan laman berkenaan segera, akui kesilapan mereka dan lancarkan semula," katanya.

Bercakap pada sidang media di parlimen hari ini, Pua berkata beliau juga menemui satu lagi maklumat yang dicurigai dalam portal berkenaan - satu kontrak untuk membina sebuah hostel 200 bilik dengan nilai RM77.8 juta.

"Lebih murah lagi kalau beri setiap orang pelajar itu sebuah banglo," katanya berseloroh.

Tambahnya, kementerian pelajaran perlu membuat penjelasan berhubung kontrak berkenaan.

Beliau juga mengaitkan kementerian pebangunan luar bandar dan wilayah yang menerima peruntukan sebanyak RM2.64 bilion  melalui bajet 2009.

"Tap NONE i hanya RM15 juta (nilai kontrak) yang telah didedahkan di dalam portal ini.

Selain itu, beliau juga memetik maklumat kontrak daripada Jabatan Perdana Menteri yang memperoleh peruntukan sebanyak   RM11.2 bilion sebelum ini.

Namun, kontrak yang dipaparkan di portal berkenaan bagi kementerian berkenaan hanyalah sebanyak 1.5% daripada jumlah   peruntukan berkenaan.

"Ini akan meningkatkan kecurigaan bahawa kerajaan tidak mempunyai political will untuk membanteras rasuah," katanya  lagi.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan  kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak.

ADS