Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5 maut, 5 parah kereta bertembung di Kesas
Diterbitkan:  Apr 11, 2010 9:15 AM
Dikemaskini: Apr 12, 2010 1:51 AM

Lima maut manakala lima lagi cedera parah  selepas dua buah kereta bertembung dalam satu kemalangan di Lebuhraya Kesas berhampiran Pendamar dekat Shah Alam malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, empat daripada enam sahabat meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki empat sekeluarga.

    

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Klang, DSP Rosli Abdul Rahman berkata empat mangsa itu belum dikenal pasti manakala seorang lagi yang terkorban ialah pemandu Honda Civic dikenali sebagai Supian Saliman, 41.

    

Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, katanya kepada Bernama.

    

Rosli berkata daripada lima yang cedera, dua adalah kanak-kanak iaitu Aisyah Maisara, enam tahun dan abangnya, Syaril Saszean, 10, dan ibu mereka, Fairuz Mohamad Sharip, 41.

    

Dua lagi mangsa belum dikenal pasti, katanya.

    

Beliau berkata berdasarkan pakaian mereka keenam-enam sahabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pulau Indah menuju ke Shah Alam selepas mengikuti latihan taekwando.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki enam remaja lelaki berusia antara 13 dan 21 tahun itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

    

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta remuk dan mayat mangsa tersepit sehingga terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat, katanya.

ADS