Razlan tempelak PH isu cap pengkhianat, cabar beri layanan sama buat GPS
Dalam apa yang disifatkan seperti sindiran tajam terhadap PH, anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii mencabar pihak yang melabel Timbalan Perdana Menteri I Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengkhianat supaya berani menggunakan ukuran dan prinsip yang sama terhadap Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof.
Cabaran itu timbul susulan perkembangan sejajar yang menarik di Sarawak, apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Fadillah mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 82 kerusi dewan undangan negeri sambil menolak kerjasama atau cadangan untuk membentuk pakatan dengan mana-mana parti poltik dari semenanjung.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/175d87e71b19fe8d185daa6788320bb3.jpg)
Razlan membuat perbandingan dengan keputusan Umno dan BN sebelum ini untuk bertanding pada beberapa pilihan raya negeri menentang sekutu mereka di peringkat persekutuan, yang mengundang tuduhan pengkhianatan daripada rakan politiknya.
Dia mengimbas kembali bahawa menjelang pilihan raya negeri Johor, BN mengumumkan rancangan untuk bertanding di kesemua 56 kerusi, dengan berhujah bahawa mereka sekadar menggunakan hak untuk mendapatkan mandat rakyat dan meneruskan pentadbiran negeri.
Katanya, hasrat tersebut merupakan hak BN sebagai sebuah parti politik yang mempunyai ideologi dan perjuangan tersendiri, bukannya satu tindakan untuk bermusuh atau mengkhianati mana-mana pihak termasuk kerajaan perpaduan di peringkat pusat.
Selepas mendapati label pengkhianat dilemparkan secara sewenang-wenangnya apabila BN terlibat, Razlan tertanya-tanya sama ada pengkritik yang sama kini akan bersikap sedemikian apabila situasi politik berada di pihak yang berbeza.
“Setelah mereka melabel TPM1 sebagai pengkhianat, beranikah mereka mengatakan TPM2 juga pengkhianat dengan apa yang berlaku di Sarawak?
“Jangan hanya berani menggunakan gelaran pengkhianat apabila melibatkan Umno dan BN, tetapi memilih untuk berdiam diri apabila situasi yang hampir sama berlaku melibatkan pihak lain,” katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/1304bb76ff076ba9f5eb0433240a4fc4.jpg)
Razlan turut menegaskan bahawa BN tidak pernah mengkhianati mana-mana pihak, sambil menunjuk kepada keputusannya untuk menyertai kerajaan perpaduan sebagai bukti komitmen terhadap kestabilan politik dan kepentingan rakyat.
Dia mengimbas kembali bagaimana hasrat BN untuk membirukan Johor dan bertanding di kesemua 56 kerusi disambut dengan tuduhan pengkhianatan, malah ditimbulkan semasa konvensyen PH.
“Kita dilabel pengkhianat di sana sini, malah isu itu dibawa sehingga ke dalam konvensyen mereka, sedangkan kita merupakan parti yang berbeza dan mempunyai ideologi perjuangan tersendiri,” katanya.
Razlan seterusnya mempertahankan bahawa BN sentiasa mengamalkan sikap sederhana dalam meraikan kejayaan politik tanpa menjadikan perbezaan pendirian sebagai alasan untuk menyerang atau memperlekehkan parti lain.
Katanya, politik seharusnya berasaskan kematangan, kejujuran dan penghormatan terhadap perbezaan pendirian, bukannya menggunakan label pengkhianat secara terpilih demi kepentingan politik.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/90030bcaa8fe71a2b06633b1fb1f47bd.jpg)
“Jika BN boleh dipersoalkan dan dilabel sedemikian hanya kerana mahu bertanding serta mendapatkan mandat rakyat, maka pihak lain juga perlu bersedia menerima penilaian yang sama berdasarkan tindakan dan pendirian politik masing-masing.
“Jangan jadikan prinsip sebagai senjata untuk menyerang orang lain, tetapi mengetepikannya apabila ia tidak lagi menguntungkan diri sendiri.
“Rakyat boleh menilai siapa yang benar-benar konsisten dalam perjuangan dan siapa yang hanya bercakap soal prinsip apabila berada di pihak yang selesa,” katanya lagi.
GPS tidak menyembunyikan keengganannya untuk memberi ruang kepada parti berpusat di semenanjung pada pilihan raya negeri akan datang, dengan jurucakapnya Abdul Karim Rahman Hamzah berhujah bahawa pakatan politik yang dibentuk di peringkat persekutuan tidak semestinya diterjemahkan kepada kerjasama pilihan raya di Sarawak.
“Jadi, jika PKR mahu bekerjasama, sudah agak terlambat untuk berbuat demikian. Kami akan tetap menganggap anda sebagai pembangkang,” katanya seperti dilaporkan Dayak Daily awal minggu ini.
Karim, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, berkata pendirian sama terpakai kepada DAP, PAS, Bersatu dan Amanah.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/eb3ab51a3e6c0181faa74f01bb67d7a4.jpg)
Dia turut mempersoalkan kemungkinan Sarawak bergantung kepada parti yang berpangkalan di semenanjung, sambil berkata keputusan penting yang memberi kesan kepada negeri itu akhirnya mungkin memerlukan kelulusan kepimpinan nasional.
“Itu bukan bentuk kerjasama yang kami mahukan. Mengapa kita perlu melalui pelbagai peringkat sedemikian sedangkan kita mempunyai parti-parti Sarawak sendiri yang boleh membuat keputusan di sini demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat?” soalnya.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 26 Okt, sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-13 diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.
Umno, sementara itu, semakin mendekati Perikatan Nasional, selepas menjalin persefahaman pilihan raya dengan PAS dan gabungan pembangkang bagi pilihan raya negeri Melaka.
Di bawah pengaturan itu, BN dan PN akan menyelaraskan jentera pilihan raya, saling menyokong calon masing-masing dan membentangkan manifesto bersama, atas alasan untuk memperkukuh perpaduan politik Melayu.
Di peringkat persekutuan pula, Zahid mendesak supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal, dengan berhujah bahawa Umno sepatutnya kembali kepada pengundi untuk mendapatkan mandat baharu.
Desakan itu dan tindakan Umno untuk bersekongkol dengan PAS dan PN, memburukkan lagi hubungannya yang sememangnya dingin dengan PH.
Jgn samakan sbb Umno org Sarawak tak mahu dengar masuk pun tak boleh.
PASUMNO takkan panjang umur kerana masing2 tamak haloba dikawasan undi yg sama. Satu kski sakau satu lagi bersubahat. Penyokong2 PAS dan Immo ada yg tak puas hati.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/8a06131a25ea93d39998324b9fb4a70d.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.