Ibu kepada exco Pahang Mohamad Nizar Najib meninggal dunia
Ibu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Mohamad Nizar Najib, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 70, meninggal dunia hari ini.
Berita duka itu dikongsikan Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah,” menurut hantaran itu.
Anak sulung bekas perdana menteri Najib Razak itu turut menzahirkan penghargaan atas kasih sayang, pengorbanan dan doa ibunya.
“Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, merahmati dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni syurga Firdaus.
“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.
Sebelum ini, Tengku Puteri Zainah dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-37_575470.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.