Dr M: Dalam cinta, perang, p'raya semua adil

Regina Lee        

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tuduhan terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa minum arak, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Orang kata dalam Bahasa Inggeris all is fair in love and war and in election ," katanya.

Beliau merujuk kepada kempen memburuk-burukkan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana calon PKR Datuk Zaid Ibrahim menjadi mangsa pemalsuan gambar oleh beberapa blog mesra BN.

NONE Dr Mahathir - veteran dalam kempen pilihan raya sejak pertama kali menjadi ahli parlimen pada tahun 1964 - berkata, beliau sendiri pernah menjadi mangsa taktik sebegitu.

"Saya dulu pun kena macam-macam. Dulu, ada orang kata saya ada isteri Cina di Singapura. Itulah politik. Orang yang dengar itu, patutlah buat penilaian sendiri," katanya berseloroh.

"Ditanya sama ada taktik sebegitu boleh memberikan undi kepada BN, beliau berkata, perkara itu masih sukar untuk diduga.

"Mungkin, mungkin tidak. Terpulang kepada pengundi untuk menilainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada guru agama dan ahli sebuah NGO Islam di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In