Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN rampas semula kerusi Hulu S'gor
Diterbitkan:  Apr 25, 2010 6:18 PM
Dikemaskini: Apr 26, 2010 3:18 AM

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

____________________________________________________

9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

NONE "Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

NONE 9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.

8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

azlan 8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.

8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya. 

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

NONE BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.

Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

NONE 8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm : Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN - 19,067

PKR - 17,554

Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082

BN - 3,398

Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153

BN - 2,888

Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722

BN - 2,468

Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR

PKR - 2,173

BN - 1,934

Majorii - 239

_________________________________________________

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133

BN - 7,261

Majoriti - 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 8,557

BN - 7,116

Majoriti - 1,639

 

7pm: Ulasan

NONE Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm : Keputusan tidak rasmi

 

PKR - 7,770

BN - 6,504

Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,410

BN - 6,339

Majoriti - 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

PKR -7,053

BN - 6,010

Majoriti - 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 6,389

BN - 5,385

Majoriti - 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 5,596

BN - 5,041

Majoriti - 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 4,204

BN - 3,592

Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results ( PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58

Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184

Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216

Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168

Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58

Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184

Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216

Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168

Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176

Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128

Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75

Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128

Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94

Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83

Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15

Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98

Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767

PKR: 120

 

ADS