Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pecah amanah: Pegawai exco S'gor dibebaskan
Diterbitkan:  Apr 26, 2010 10:38 AM
Dikemaskini: 6:14 AM

Pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor Ronnie Liu - Wong Chuan How dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan pecah amanah cek bernilai RM2,500 dua tahun lalu.

Ini ada NONE lah tuduhan ketiga dan terakhir yang dihadapi Wong yang sebelum ini juga dibebaskan dalam dua kesnya itu.

Dalam penghakimannya, Mat Ghani Abdullah juga membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang dijalankan.

"Saya ingin tegur cara SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buat kerja, pihak pendakwaan tidak mendakwa saksi ketiga (bekas anggota Parti Keadilan Rakyat, Mohd Zaini Abd Rahman), orang yang menerima duit. Saya rasa sepatutnya dia yang dituduh, itu yang menghairankan saya," katanya.

ntv7 wong chuan how arrest macc 150809 "Saya telah menilai kes pendakwaan daan mendapati ia gagal memmbuktikan kes prima facie...Justeru, tertuduh dilepas dan dibebaskan. Bonnya juga mesti dipulangkan.”

Wong, 51, menghadapi tuduhan pecah amanah wang berkenaan bagi menganjurkan program gotong-royong dan majlis ramah mesra di Kampung Baru Lanjut dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek antara 30 Julai dan 16 September 2008.

Seramai enam saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

   

Pegawai Pendakwa dari SPRM Yusliza Mohd Yusoff hadir bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Josiendra Abu Senin sementara Wong diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid, Salim Bashir dan Teoh Lib Peng.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dengan keputusan itu, Wong lepas dan bebas daripada ketiga-tiga tuduhan pecah amanah dan membuat tuntutan palsu yang dihadapinya di dua Mahkamah Sesyen di Shah Alam, sebelum ini. 

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir, Wong berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah membebaskannya daripada kesemua pertuduhan.

"Saya tiada niat untuk menipu. Saya sepatutnya berterima kasih kepada peguam-peguam bela saya dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS