Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saiful dakwa diliwat juga di HK, Singapura, Bangkok
Diterbitkan:  May 13, 2010 3:56 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

NONE Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

    

NONE Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.

Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Tidak mandi langsung?

karpal singh Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful : Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.

Karpal : Anus, anda tidak cuci?

Saiful

: Tidak. Mahu simpan bukti.

    

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

saiful bukhari azlan 040708 Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal : Nasihat daripada siapa?

Saiful : Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip) ( bawah, kanan ), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

NONE Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada  wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

        

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu  pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Silap tafsir soalan

Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

NONE Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

    

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

P enyokong BN tapi undi Pakatan

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

"Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.

Karpal : Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful : Tidak setuju.

    

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof  Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

NONE Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa  Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, jam 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian jam 2.45 petang.

    

Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.

"Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri,"  katanya.

NONE Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang.

- Bernama

ADS