Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamil: Peguam syarie mesti beragama Islam
Diterbitkan:  May 19, 2010 6:29 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Syarat untuk seseorang itu menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah dalam negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

NONE Utusan Malaysia Online memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu termaktub di dalam undang-undang dan enakmen Mahkamah Syariah yang menetapkan sedemikian.

"Kita bercakap soal peraturan. Perkara ini bukan boleh buat suka-suka. Peraturan menetapkan peguam syarie mesti beragama Islam,’’ katanya.

Jumaat lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Kes itu m montage erupakan yang pertama di negara ini apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan tersebut.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.

Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

ADS