Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai PTD meninggal ikuti kurus ala komando
Diterbitkan:  May 31, 2010 10:04 AM
Dikemaskini: 2:21 AM

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.

Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

    

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan  yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama

yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai  kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan  polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah  meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31

bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada  keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.

   

ADS