'Kampung Baru mesti kekal milik Melayu'

   

Kampung Baru adalah 100 peratus milik orang Melayu tanpa kompromi dan tidak boleh dibuka kepada bangsa lain kerana ia "satu-satunya aset Melayu-Islam di tengah-tengah Kuala Lumpur".

NONE Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata cadangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk membuka pemilikan sebanyak 40% kepada bukan Melayu di kawasan tersebut amat dikesali.

"Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kampung Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya.

"Tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penduduk kawasan itu rela membangunkan Kampung Baru dengan cara dan kemampuan sendiri daripada membiarkan aset bersejarah itu terlepas akibat himpitan pembangunan.

Dr Lo' Lo' berkata cadangan pembahagian itu hanya menyerlahkan kegagalan kerajaan mempertahankan kampung itu "walaupun UMNO mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu".

dr lolo Beliau sebagai wakil rakyat untuk kawasan itu turut menggariskan beberapa perkara yang menurutnya perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan tanah tersebut, antaranya:

- Menyalurkan dana khas daripada kerajaan tanpa penglibatan swasta atau pelabur-pelabur asing bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan dapat mengekalkan aset mereka.

- Memastikan Pembangunannya mesti berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual.

- Menjadikan Kampung Baru sebagai pusat sehenti Melayu di mana segala-segalanya berkaitan bangsa itu, termasuk kebudayaan, konsep kejuruteraan, ekonomi, sosial, kesenian dan sejarah Melayu terdapat di situ.

Malaysiakini
terkini untuk anda