Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan pertimbang PICC dijadikan Parlimen
Diterbitkan:  Jun 16, 2010 8:07 PM
Dikemaskini: 12:18 PM

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bangunan Parlimen yang baru.

putrajaya aerial view 02 201106 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata majoriti ahli parlimen juga bersetuju dengan cadangan itu kerana kedudukan PICC yang strategik.

"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan JKR.

"Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah," katanya.

bersih parliament police blockade memo 111207 parliament Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap, Mohamed Nazri berkata tidak ada tempoh ditetapkan namun arahan telah diberi kepada agensi tersebut kira-kira tiga minggu lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.

"Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru," katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dianggarkan RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

- Bernama

ADS