Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7 Julai diisytiharkan cuti umum di Pulau Pinang
Diterbitkan:  Jun 17, 2010 12:55 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

7 Julai setiap tahun mulai tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang bersempena dengan pengisytiharaan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

azlan Keputusan itu dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermesyuarat pada 21 Julai lalu.

“Penetapan 7 Julai 2010 sebagai cuti umum ini adalah sebagai salah satu tindakan proaktif kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada seluruh warga Pulau Pinang untuk bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata penang world heritage town 140708 01 nya lagi, penetapan 7 Julai sebagai cuti umum ini telahpun diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan surat pekeliling mengenai perkara berkenaan juga telah diedarkan.

“Hari kelepasan am tersebut tidak menjadi “paid holiday” mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan menentukan sedemikian melalui persetujuan dengan pekerja mengikut provisio kepada Seksyen 60D(1A) Akta 265.

penang world heritage town 140708 03 “Akta ini menetapkan bahawa empat hari (iaitu hari jadi Tuan Yang Terutama, hari jadi Yang DiPertuan Agong, Merdeka dan hari buruh) yang mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari boleh dipilih atas budi bicara mereka,” kata Zainal Rahim.

Katanya, walaupun cuti umum tersebut bukan cuti wajib, namun kerajaan negeri berharap semua majikan akan memberi kerjasama sewajarnya bagi membolehkan pekerja-pekerja turut sama mengambil bahagian meraikan sambutan ulangtahun pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.

 

ADS