Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penggantungan keahlian empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor - daripada Kelab Sains Politik dilihat sebagai usaha untuk menyekat kegiatan mahasiswa.

NONE Hilman Idham (kanan) - yang dipertua (YDP) kelab itu yang digantung bersama tiga lagi mahasiswa - mendakwa, pentadbiran UKM tidak pernah selesa dengan kelab atau kumpulan mahasiswa yang bergiat aktif.

"Mungkin pihak universiti berpandangan bahawa Kelab Sains Politik (KSP) sebagai sebuah kelab mahasiswa yang kritikal dengan idea, pandangan serta pendirian kami dalam kebanyakan isu yang berlaku.

Pada 18 Jun lalu empat pelajar UKM yang bakal menghadapi prosiding tatatertib bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digantung tugas dan jawatan mereka dalam KSB.

Selain Hilman, turut digantung tugas Ismail Aminuddin (naib YDP), Azlin Shafina (setiausaha) dan Woon King Chai (exco).

Dalam satu kenyataan hari ini, Hilman yakin KSP akan dipimpin dengan baik oleh pemangkunya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua mahasiswa fakulti sains politik universiti berkenaan dan bertenang ekoran penggantungan itu.

"Saya juga yakin KSB akan terus memainkan peranan sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang aktif dengan penyertaan menyeluruh mahasiswa, juga kritikal dengan pandangan dalam setiap isu.

"Semoga Kelab Sains Politik akan terus menjadi persatuan mahasiswa yang terbaik dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang peka, kritikal dan professional pada masa hadapan," katanya.

ADS