Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu PAS-Umno: Nasrudin perjelas tulisan di blognya
Diterbitkan:  Jul 21, 2010 4:47 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendakwa kenyataannya berhubung cadangan pelan damai dalam isu perpaduan antara parti itu dan musuh politiknya Umno telah disalahtafsirkan.

Katanya, pelan damai antara Umno-PAS yang dimaksudkannya ialah dengan menyeru terhadap nasihat Rasulullah berbunyi aslim taslam (terima Islam dan selamat), dan tidak khusus kepada parti politik samata-mata.

NONE "Dengan itu, saya berlepas diri dengan apa jua percubaan, (oleh) siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam pelan damai yang saya cadangkan kepada seluruh umat Manusia dalam negara ini.

"Pelan saya mudah: aslim taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya, no Islam no talk (tanpa Islam tiada rundingan)," katanya dalam blognya hari ini.

Setelah idea perpaduan itu ditentang kuat beberapa pemimpin kanan PAS, Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin berharap kedua-dua parti itu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan ditamatkan.

Beliau dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan itu terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno-PAS.

NONE Berbeza dengan tulisannya yang dipetik Utusan Malaysia sebelum ini, tulisan terbaru Nasrudin dilihat lebih kritikal dan lantang kepada parti Melayu yang dilihat beriya-iya menawarkan perpaduan kepada PAS.

Menjelaskan pelan damainya, Nasrudin berkata seruan yang sama pernah dibuat Rasulullah kepada masyarakat jahiliah yang sering bertelagah dan bersengketa, malah berbunuh-membunuh antara satu sama lain.

"Saya lihat hari ini, negara kita juga terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ia moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa.

"Semuanya gara-gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam," katanya.

Nasrudin berkata, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonmi menindas rakyat bawahan.

"Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan (istilah) penyelarasan semula subsidi kononnya," katanya.

ADS