Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PBS: Atasi segera masalah pendatang atau...
Diterbitkan:  Aug 4, 2010 1:11 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Kerajaan persekutuan mesti bertindak segera untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin jika kerajaan BN mahu meredakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati rakyat Sabah, kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Henrynus Amin.

NONE Beliau berkata kemasukan isu mengenai pendatang asing dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah perlu untuk memastikan agensi penguatkuasa dapat menghasilkan keputusan yang positif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini berkata isu pendatang asing bukanlah satu daripada enam keutamaan negara dan oleh itu tidak termasuk dalam NKRA.

Henrynus berkata PBS khuatir isu pendatang asing itu yang tidak dimasukkan ke dalam NKRA akan mengukuhkan pendapat umum bahawa kerajaan pusat kurang atau tiada kemahuan politik untuk bertindak.

Beliau berkata pembangkang menggunakan propaganda berhubung isu itu untuk menakutkan warga Sabah dan memutarbelitkan fakta dan niat baik kerajaan.

- Bernama

   

ADS