Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati kedua-dua adik beradik yang membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, pada Januari lalu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas mereka.

Peg NONE uam Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22 kemudian memohon untuk penangguhan hukuman dan dibenarkan mahkamah tetapi ikat jamin dinaikkan dari RM10,000 kepada RM20,000.

Dalam penghakimannya, hakim SM Komathy Suppiah berkata individu yang melakukan khianat di tempat beribadat tidak berhak mendapat simpati daripada mahkamah.

Beliau berkata tindakan seumpama itu perlu dicela dan tidak dapat diterima.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal kepada pesalah yang menodai kesucian agama atau kepercayaan supaya menjamin keamanan dan keharmonian di negara berbilang bangsa seperti Malaysia terus terpelihara.

"Huk PM Najib Razak inspects Metro Tabernacle church 3 uman yang ringan tidak akan memberi mesej yang keras dan jelas bahawa kesalahan seperti itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima,” katanya.

Menurut Komathy, salah satu tiang Rukunegara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan tetapi mereka membakar ‘rumah’ Tuhan.

"Pemimpin daripada pelbagai lapisan masyarakat tampil dan membidas tindakan kamu. Nasib baik, polis berjaya memastikan undang-undang terpelihara dan tiada kejadian yang tidak dingini tercetus.”

Komathy kemudian memanggil bapa kedua-dua tertuduh dan berkata adalah pedih untuk melihat anak muda dipenjarakan tetapi untuk kesalahan seumpama itu, rasa belas kasihan mesti diketepikan untuk kepentingan awam.

"Mesej dari mahkamah ini adalah jelas. Jangan bermain dengan api.”

Faizal bekerja sebagai penghantar surat dengan PKNS manakala adiknya pula adalah seorang kerani di sebuah bank.

Pada  sessi penggulungan pagi ini, Komathy berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah kerana bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh adalah tidak konsisten.

azlan "Pengakuan kawan mereka bahawa kedua-dua mereka terbabit dengan membakar sampah juga diragui. Ia hanya direka-reka.”

Mereka dan seorang lagi rakan penghantar surat, Azuwan Shah Ahmad didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja di Jalan 4/4C, Desa Melawati, di Kuala Lumpur  pada 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Adik-beradik itu didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pada 30 Julai lalu, Azuwan Shah dilepas dan dibebaskan manakala adik beradik itu dipanggil membela diri.

metro tabernacle church arson mention 120310 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dan Lailawati Ali manakala pihak pembelaan dikendalikan peguam Datuk Hanif Hashim dan Rosal Azimin Ahmad.

Peguam mereka, Hanif berkata terdapat keraguan dalam kes ini kerana guru yang menyaksikan kebakaran itu tidak melihat wajah sebenar mereka yang bertanggungjawab.

"Dalang sebenar masih bebas,” katanya.

"Kedua-dua mereka hanya ditangkap di Hospital Kuala Lumpur.”

DPP Azlina pada penggulungannya berkata kenyataan rakan mereka bahawa kedua-dua tetuduh membakar sampah apabila terbakar diri sendiri adalah hanya rekaan bagi menyelamatkan tertuduh.

ADS