Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khir: MB S'gor 'merapu umpama orang nyanyuk'
Diterbitkan:  Aug 15, 2010 8:18 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dalam reaksinya terhadap kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai pentadbirannya dari 2001-2008 - menyifatkan menteri besar Selangor itu "bercakap merapu seumpama orang nyanyuk".

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.com , Khalid mendakwa Khir tidak berbuat apa-apa kebaikan pun kepada Selangor dan tidak layak menjadi menteri besar.

"Lucunya Khalid dan konco-konconya dalam exco ke sana ke mari mendakwa Selangor negeri maju. Apakah Selangor menjadi negeri maju dalam tempoh tiga tahun pentadbiran beliau?

"Inilah yang dikatakan dalam pepatah Melayu, lembu punya susu, Sapi dapat nama," tulis Khir dalam blognya semalam.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau kasihan dengan Khalid yang menurutnya telah lanjut usia tetapi terpaksa berhadapan dengan bebanan dan tekanan kerja sebagai menteri besar - sama ada dari segi pengurusan pentadbiran mahu pun pengurusan partinya.

"Kemunculan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sebagai penasihat Ekonomi dan Azmin Ali sebagai pengawal politik negeri telah menambah tekanan ini.

"Mungkin inilah menyebabkan beliau menjadi terlalu emosional dan tidak boleh berhujah secara bijaksana mempertahankan pentadbirannya," tulis Khir lagi.

Beliau yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, menyifatkan Khalid umpama "masuk bakul angkat sendiri".

"Malangnya puji-pujian ke atas dirinya tidak pula disertakan bukti dan fakta yang jelas," tambah Khir.

[Baca berita penuh]

ADS