Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP kutuk simbah cat merah pada surau
Diterbitkan:  Aug 23, 2010 4:17 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

DAP mengutuk sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah pagi tadi

NONE "Kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat, tetapi juga perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam masyarakat demokrasi berperlembagaan, bertamadun dan madani," kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

"Pihak yang bertanggungjawab (melakukannya) mungkin merasakan provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, DAP berharap pihak polis bertindak cepat menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukannya dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindari budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Dalam kejadian tersebut, cat merah disimbah pada bahagian belakang surau tersebut yang baru beberapa minggu mula digunakan.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

S NONE urau tersebut baru sebulan siap dibina tetapi belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

ADS