Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Radio 988: DJ Jamal dakwa wujud konspirasi politik...

Apa pun penjelasan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, tidak akan dapat diterima oleh DJ Jamaluddin Ibrahim.

NONE Malah, katanya, dakwaan Chua bahawa keputusan untuk menggantung tugasnya sebagai "isu pengurusan", membuktikan bahawa ia memang sebahagian daripada "konspirasi politik".

"Jika anda mengatakan itu tidak baik untuk sumber pendapatan 988.fm  dan anda ingin menukar pengurusan, baiklah. Itu wajar. Jika program tidak berjaya, anda ingin membuatnya lebih baik, itu adil," katanya.

"Tapi apakah keuntungannya yang diperolehi (oleh pemilik stesen radio 988) Star RFM (Sdn Bhd) daripada ini? Mereka hilang penonton mereka, mereka hilang sumber pendapatan.

"Satu-satunya perkara yang 'mereka' diperolehi ialah keuntungan politik. 'Motif' mereka ialah untuk membunuh program tersebut. Ianya sangat jelas bahawa 'mereka' tidak mahu rakyat membincangkan isu-isu sema sa... untuk menyedarkan rakyat"

Namun Jamaluddin, dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, enggan membuat spekulasi tentang siapakah  'mereka' yang dimaksudkannya itu.

NONE Jamal digantung tugasnya mulai 19 Ogos apabila stesen itu menerima surat amaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam surat tersebut, beliau dikatakan "menganca m keselamatan negara"  dan "menjejaskan hubungan kaum" sewaktu mewawancara kolumnis Ouy ang Feng Wen melalui program Hi Malaysia pada 13

Ogos.

Ketua pegawai Eksekutif (CEO) Wong Lai Ngo dan pengurus kanan program Tan Chia Yong, walaupun tidak disebutkan dalam surat SKMM itu - turut digantung tugas kemudiannya - dan ia menguatkan rasa syak Jamal itu.

[Baca berita penuh]

 

ADS