Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Royalti minyak: Kelantan saman Petronas 30 Ogos ini
Diterbitkan:  Aug 25, 2010 5:38 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Kerajaan Kelantan akan mengemukakan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.

Pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan exco di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.

Katanya writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

- Bernama

ADS