Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teresa Kok: Hishamuddin patut cermin diri
Diterbitkan:  Aug 31, 2010 4:39 PM
Dikemaskini: Sep 1, 2010 2:46 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok.

facebook allah group imposter case 260110 teresa kok Teresa ( kanan ) mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang.

"Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya.

"Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain."

Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

NONE "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat"

ADS