Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ia bukan gereja gay, kata paderi Ouyang
Diterbitkan:  Sep 4, 2010 9:10 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Paderi gay -  Ouyang Wen Feng hari ini menafikan laporan bahawa beliau sedang mengetuai gereja gay dan menyifatkan label berkenaan sebagai “tidak tepat dan menggelirukan”.

ou yang wen feng book launch penang 150810 ou yang wen feng “Sesetengah orang telah salah anggap gereja berkenaan sebagai gereja gay kerana kita secara umum membuat dakwaan bahawa homoseks bukan satu dosa ataupun penyakit mental. Malah kami mengalu-alukan kedatangan semua, termasuk homoseks mahupun heteroseks,” kata paderi itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau  menjawab tuduhan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan seperti yang dilaporkan di Malaysiakini pada 2 September lalu yang membidasnya.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, parti itu tidak melihat masalah berkenaan  di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggapnya sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.

“Saya ingin menjelaskan kepada umum dan secara rasmi bahawa gereja yang saya tubuhkan bersama itu bukan gereja gay. Ia adalah gereja untuk semua, tanpa mengira status kelas, jantina, bangsa, keturunan ataupun orientasi seks mereka,” kata Ouyang.

ou yang wen feng book launch penang 150810 book launch Ouyang berkata beliau mahu gerejanya menjadi sesuatu yang ‘menyeluruh’ dan tidak menolak peganut Kristian dari mana-mana kumpulan, termasuk kumpulan gay sambil berkata ada di kalangan pengikutnya yang bukan gay.

Tambahnya, bilangan pengikut gay ke gerejanya semakin meningkat kerana beberapa gereja ‘konservatif’ membidas orientasi mereka serta tidak menerima kumpulan itu.

[Baca berita penuh]

ADS