DAP dakwa penunjuk perasaan bukan ahlinya

   

Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama di Buntung, Tang Yaw Hooi berkata, sekumpulan kurang 20 lelaki yang berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP Perak di Ipoh, semalam bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran keluar daripada parti itu bukan ahlinya.

Menurut Tang, nama mereka itu tidak tersenarai dalam pendaftaran ahli DAP.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini bagi meminta polis menyiasat latar belakang kumpulan itu.

Semalam, selain mendesak supaya Kulasegaran keluar daripada DAP dengan alasan pemimpin berketurunan India dalam DAP dipinggirkan, mereka juga mengecam kepimpinan DAP Perak.

Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang mengiringi Tang membuat laporan itu, berkata bantahan itu dilakukan "kumpulan dalaman" yang cuba membuat kacau.

Katanya, Kulasegaran, yang kini berada di Nepal ketika dihubungi, menafikan pembabitan dengan kumpulan berkenaan.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In