DAP: PM nyalakan 'api perkauman'

   

DAP menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu bagi memastikan  mereka terus menyokong kerajaan.

NONE "Perdana menteri menunjukkan sikap sebenarnya apabila beliau menghukum pegawai kerajaan yang tidak menunjukkan kesetiaan membuta tuli kepada Umno," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua ( kanan ) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada ucapan perdana menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pua menuding kepada dua kenyataan Najib semalam yang didakwa membangkitkan prejudis kaum:

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

"Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana," Najib dipetik sebagai berkata.

Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya "sebagai hulubalang PERKASA sebenar".

Ini, menurut Pua, antara sebab kenapa Najib mengambil tindakan tidak mengkritik PERKASA untuk "kedudukan ekstrim dan rasis yang berterusan" walaupun NGO itu didakwa meningkatkan etegangan antara kaum.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In